PROFIL

Assalamualaikum...... Alhamdulillah Laman Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SK Parit Stongkat Muar, Johor telah berjaya menyediakan satu kemudahan yang sangat berguna kepada warga SK Parit Setongkat khususnya dan semua warga kaunselor di Malaysia. Kemudahan ini membolehkan semua kaunselor berkongsi maklumat serta pendapat dalam meningkatkan lagi profesion yang kita sanjung ini. Segala maklumat yang diperolehi daripada buku, bahan pengajaran sepanjang saya melanjutkan pelajaran dan dari pelbagai sumber saya kumpulkan untuk dikongsi bersama akan memberi manfaat untuk semua kaunselor di Malaysia. Diharapkan laman web kaunselingskps.blogspot.my akan terus ceria.....


LOGO RASMI
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SK PARIT SETONGKAT MUAR, JOHOR

VISI 
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2011 

MISI 
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya: Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan. Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia. Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar. 

FALSAFAH 
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan